Saturday, August 13, 2011

Penjagaan Muka

Helo,

Hari ni mari kita ceta tentang penjagaan muka. haha... Muka bukan cantik pun tapi gatal nak ceta gak, hehe... Anyway, muka saya memang selalu jerawat tapi sejak setahun lepas agak "menarikla" kadar pertumbuhannya. haha... Akhirnya dah macam2 cara saya buat tapi resultnya tetap sama. Setelah mendengar nasihat dari ramai pihak saya cubala lakukan facial.

Masa nak pilih nak wat kat pun facial agak susah gak sebab kita kenala survey. Ialah kita dah bayarkan mestila kita nak result yang terbaik. Mula saya listkan kat mana nak wat, harga ikut kemampuan x and resultnya. Akhirnya setelah survey di jalankan, saya memilih ORIGINS di KLCC.

Facial Origins agak ikut kemampuan yang lebih menarik sebab dekat je. Kat Isetan, KLCC. Kelebihan yang lagi menarik facial di sini ialah,

2X mask
2X eye mask
Sesi urutan dari bahu ke atas
Masa 1jam 30 minit dan
Ada package

Alhamdulilah setelah beberapa kali saya mencuba agak mendatangkan hasil. Muka saya makin sihat. hehe... Saya pun ada recommendkan kepada beberapa org rakan dan adanya suka and ada yang tidak menggemarinya. But kadang2 benda mcm ni kena try in error walaupun hakikatnya kalo error je parah gakkan. hehe...

Sekarang saya ada gak menggunakan product dari Origins and agak sesuaila dgn kulit saya. Serasila. Anyway, saya nak shared sedikit pejagaan muka di rumah. hehe... tapi ini tuk aktiviti seminggu 2 kali.

1. Cuci muka

2. Scrub

Saya menggunakan "Modern Friction" by Origins. Tujuannya tuk menghilangkan bacteria, kulit mati dan sebagaiya. Kelebihan scrub ini ialah boleh memutihkan kulit sekali. Therapist saya cakap, scrub penting bagi mengelakkan kejadian jerawat.

Ni scrub

3.Deep Cleansing masque

Lepas scrub penting kita menggunakan mask tuk membantu kita membersihkan kulit muka lebih berkesan. Saya paling suka mask ni sebab ia adalah clay dan agak berkesan gakla sebab leh mengecut jerawat juga. Product yang saya pakai ialah dari Kiehl's. Hanya perlu pakai dalam 15 minit atau tunggu hingga kering dan bilas


Deep Cleansing masque

3. Drink Up Mask

Tujuan saya pakai mask ini ialah lepas kita menggunakan clay mask, kita perlu bagi kulit kita calm sebab clay mask agak panas dan bagi kulit kita kering. Itula tujuan utama saya pakai mask ini. tuk balancekan kembali kulit muka. Mask yang saya pakai ialah Drink Up from Origins. Saya suka bau ia sbab macam bau tembikai susu dan hnya perlu pakai untuk 10 minit sahaja. Kemudian bilas.

Inila dia 10 minutes mask.

4. Moisturizer

Kemudian dah selesai semua, barul boleh apply moisturizer or serum yang kita pakai tiap hari. Best gakla bila kita dah selesai melakukan smua aktiviti ini dan kita akan rasa perbezaannya.

Macam saya akan pakai serum. my favorite serum is from Origins "Modern Fusion, skin transforming catalyst" Setelah pakai 2 minggu pun saya dah rasa perbezaannya. Kulit muka makin anjal dan agak bersih. hehe...

Inila serumnya.

Itu jela ceta penjagaan muka saya tuk ari ni. hehe...

Dan setiap orang mempunyai cara penjagaan yang tersendiri mengikut kesesuaian kulit masing. hehe...


- Posted using BlogPress from my iPhone

2 comments:

  1. dah beli banyak2 n mahal2 jgn lupe pakaaaaiiiii

    ReplyDelete
  2. Tula. sekarang makin rajin. haha... tapi okla puas hati gakla. better sikit. hehe...

    ReplyDelete