Friday, November 19, 2010

Pengembaraan ke Singapore (Part 2)

Salam!



Selamat Hari Raya Qurban smua!!!



Ape kabar smua? Hari ni mari kita samb kisah pengembaraan ke Kota Singa. Hehe...



Setelah seharian berjalan di Universal kami agak kepenatan yang amat. So esoknya kami bangun dalam kul 8 and bersiap tuk samb lagi jalan 2 kami. hehe... Sebelum bertolak sempatla kami bersarapan roti dan tuna sardine yg sedap. hehe... Kami beli roti dan sardine kat 7eleven otw blk ke hotel. Kat sana sangat bersepah 7eleven.



Disebabkan pada hari tersebut adala Deepavali, kami pun ambil keputusan tuk Jalan2 di Little India cos nak tgk sambutan Deepavali di sana. Kami menggunakan MRT cos mudah tuk bergerak and murah. Sampai di Little India dalam pukul 11 and jalan2 di pasar dorg kami pun tryla cari makan. Kami jmp kedai nasi beriyani. Sedap sangat and sangat kenyang and banyak ok. Memang sedap x tipu. hehe... Pastu dah kenyang ape lagi jalanla. Sambutan Deepavali dorg saya rasa sama je macam kita.



Nasi Beriyani yang sangat sedap SD4.00 je. hehe...


Hiasan di Little India



Selepas jalan2 di Little India kami pun g ke Chinatown. Chinatown dorg mcm Petaling Street kita but dorg more proper and x ada jual barang2 tiruan. Kat sini kami borong lagi souvenir. Kami sempat gakla wat pedicure. Jalan2 cni bestla. Ape yg saya perasan kat cni bangunan lama dia masih terjaga x macam kita. Kalo leh smua bangunan lama smua nak dirobohkan. Cantik ape bangunan2 lama ni.


Chinatown


Seterusnya kami ke Orchard Road. Orang kata x sahkan kalo g Singapore x g Orchard Road. So pergila.kat cni memang kawasan shopping. Tapi sbab niat di hati g sana nak jalan2 so berjayala menahan diri dari membeli ape2. Sampai ke mlm gakla jalan. Kami mkn mlm kat KFC dia. KFC and McD dia halal. Penat tau jalan sepanjang ari lagi. hehe...


Tgk sampai malam berjalan ( Kalo nak tgk bnyak lagi gambar, kat FB saya ada)

Last day kami x g mana2 cos badan dah terlalu penat. So checkout dari hotel kul 12 terus g ke airport. Duk sana sampai flite kami kul 8mlm. Lama tu tapi kami bnyak lepak kat McD and kopitiam dia. Habisla 2 magazine saya baca. hehe..


Overall, percutian ini sangatla menarik. Bnyak yang kami belajar dari melawat tmpt org. Tgk kehidupan org. Kalo saya kata duk Malaysia tgk org naik turun Putra ramai kat sana lagi ramai dan org dia sentiasa bergerak dgn pantas. Saya rasa saya x lehh kot tggl kat sana. hehe.... Ni kesimpulan yg saya dapat:


1. Rancang percutian anda awal

2. Kena pandai cari promo murah

-Kami beli package percutian ini dari Airasia, RM550 tuk 2 org including flite ticket, hotel and tax smua. Murahkan??? Thank u kakak a.k.a si gemuk saya yg pandai pilih. hehe...

3. Semak dulu hotel yg anda pilih. Tgk review org lain.

- Hotel kami ok tapi cos dia terletak di RED area so mcm x syok sgtla. Kami okla but tuk g second time x la kot. Better cari hotel lainla. hehe...

4. Beli ticket Universal awal

5. Gunakan public transport, jgn guna Taxi.

-Nasihat ni tuk sape yg nak budget holidayla. Tapi penat gakla.

6. Rancangan perbelanjaan anda dan jgn rambang mata. hehe...

-Kami bawa RM 1000 je sampai ari terakhir pun ada duit lebih. Hebat x? hehe...

7. Stamina yg kuat.

-ni penting sbab kita nak jalan2. So tenaga berjalan and kasut yg sesuai adala penting

8. Kami x leh nak masuk Amazing Race lagi cos x cukup stamina!!!! hehe...

9. Lastly, jangan malu tnya org tuk tahu direction. hehe...


Ni je la tips yg leh saya berikan. hehe...


Cant wait to cuti2 lagi next year!!!


Gud nite kawan2!


Harry Potter and the Deathly Hallows Part 1

Saya dah tengok ceta Harry Potter!!!! Overall the movie is awesome but sepanjang ceta ni agak banyak yang mati. huhu... Penuh kesedihan. huhu...

Actually kami x lah bercadang nak tgk wayang masa Hari Qurban tapi sbab after g smua makcik2 tersayang kami pun g la wangsa walk beli tiket. Kami dpt 2 baris dari depan tapi disebabkan nak sgt tgk so tgk jela.

Ape yang dapat saya katakan, ceta ni best and tiba saya Hermione sangat comel. hehe... plot ceta ok, lakonan smua dah mature. So overall the movie is awesome and i think everyone patut tgk ceta ni!!!!

Saya nak wat pengakuan jujur,saya bukan pembaca buku ceta ini. Saya pernah try and tahu lps after saya menonton Harry Potter and Half Blood Prince, saya pun konon2nya dgn niat yg agak suka membaca. Belila buku Half Blood Prince ni and dgn tamaknya belila juga Deadly Hollow. Tapi kesudahannya buku tu tersimpan dalam rak sehingga la kelmarin. hehe... Maka dgn semangat yg berkobar2 after menonton ceta ni saya pun dah start membaca buku Deadly Hollow (saya start dari belakang...sengalkan) haha... Anyway, dah ada sedikit perkembangan dimana saya dah baca sampai pages 100++. Horay!!!

Saya cuba tuk baca gak buku ini cos, kawan2 saya smua gelakkan saya. Bagi dorg saya suka membaca tapi buku yg famous macam ni x nak baca. So saya agak tercabar sedikit x bnyakla. haha... memulakan cabaran membaca buku Harry Potter!!!



Trailer Harry Potter ( Ron makin comel, saya peminat setia RON!!!)



p/s: saya yang tamak ini dah beli buku dari buku 1 till 3. Padahal yg ke 7 pun baru sampai page 100. sengalkan??Hehe... Baca x lagi. hehe...

Monday, November 15, 2010

Pengembaraan ke Singapore (Part One)

Helo!!!


Pada 4-6hb 11 2010 yang lalu, saya dan kakak saya telah selamat mengembara ke Singapore berdua sahaja!!! Hehe... Ok, saya pernahla mengembara dgn kakak saya ke Langkawi but this is our 1st time la kami ke oversea. hehe.. Dengan berjayanya pengembaraan ini, maka kami agak sedikit confident tuk mengembara ke tempat lain lagi. hehe....
Flite kami pukul 6.05 pagi dari LCCT. Kul 230pg dah bertolak ke airport. huhu... Pagi giler. Sampai ke Changi Airport pada pukul 705pg. Kami pun memulakan perjalanan kami. Sepanjang perjalanan kami di sana kami memang menggunakan sepenuhnya MRT. Senangla. Tapi dalam hati nak gak naik bas 2 tingkat tu but x cukup masa.
1st kami g Universal Studio. Sampai gak hajat tuk masuk universal. hehe.. Tiket masuk kami beli awal secara online. Tiket SD66 tapi dorg bg cupon makan and souvenir sebnyak SD5 each. Ok gakla.

Masa masuk memang jakun and excited giler. Best and kami rasa kami mcm kembali ke zaman kanak-kanak. hehe... Building dia best gakla. Setiap bangunan ada theme sendiri. Ada Madagascar, Shrek Castle, Lost World, The mummy. Memang bestla. berbaloi dgn harga yg di bayar. Ok la lets the picture tell the rest of the story. hehe...


Depan pintu masuk UNIVERSAL STUDIO!!


Di pintu Madagascar. x buka lagi. hehe...


Kami bersama Gloria and the gang.hehe...


Di depan Shrek castle. hehe...


Kat cni kita leh tgt ceta shrek 4D. Memang best gilerla. Saya suka sangat. Dia macam 3D tapi xtranya, kalo kuda tgh berlari, kerusi pun terhenjut2 mcm kita naik kuda. Kalo bersin pun kuar air. Best gilerla. hehe...


Ni di lost world


Ni kat The Mummy (hot ke??? x kan. hehe...)


Ni roller coster ride yg sgt pjg and sgt tinggi yg mana saya dan kakak x kan naik.

Overall we had so much fun!!!! memang berbaloi dgn harga yang kita bayar. hehe... Sesiapa yg g Singapore, wajib g. Best tau!!!

Pukul 3 kami dah bertolak pulang ke hotel cos kami kena cari hotel dan kami dah terlalu penat and smua benda kami dah jln di Universal ni. Kalo ada rezeki lagi saya nak g sini lagi! Best!!! Dan hopefully next year saya dapat g lak Disneyland. hehe...


Sampai cni dulu. Nnti saya ceta lagi ye. Kalo nak tgk gambar lain2 lagi leh la ke fb saya


  • Gud nite frens!!!

Sunday, November 14, 2010

Empress Orchid by Anchee Min

Saya dah abis baca buku ni!!! Akhirnya abis gak. hehe... Ceta ni okla. Kadang2 lembab kadang2 laju. Tapi overall best gakla.
Ceta dia pasal zaman2 kerajaan raja china dulu2. Raja dorg bnyak gundik so ni ceta salah sorg dari gundik diala. Gundik ni nama dia Orchid. Dia ceta mcm mana dia dipilih dan perlu bersaing dgn gundik2 lain tuk jd gundik kesayangan Raja. Bila dah jadi kesayangan ada org iri hati. Bnyakla dugaan yg perlu ditempuhi orlh Orchid ni. Overall buku ni saya suka.
Sekarang saya tengah baca THE ALCHEMIST by PAULO COELHO. Nak try baca dr this author cos smua kata buku dia best and sgt bnyak pengajaran. Dgn itu marila kita mencuba membaca ceta dari Paulo ini!!!



Friday, November 12, 2010

Si Sale Assistant a.k.a SA

Semalam saya pergi ke Nike store KLCC tuk cari Nike+ sensor. After using my Iphone for about 2months i juz realized i've got Nike+ application. Nike+ ni agak awesome cos dia boleh kira brp bnyak kalori, distance, time masa kita workout. Awesome kan??? hehe... (saya jakun jap). Tapi tuk mengaktifkannya, kenala ada sensor dia.



Inila sensornya.


Tapi sebenarnya saya bukanla nak ceta ape yg saya beli tapi nak ceta sikit pasal si " Sale Assistant" kedai tu yang agak perangai x semenggah sewaktu melayan customer macam saya. Ok saya gemuk(konon mcm x kan bersenamla) and x gaya mcm org kaya tapi x yah la wat poyo dgn saya. Cetanya macam ni...



Saya: Adik, akak nak tnya. Kat cni ada jual Nike+ sensor? (sopan ye saya tnya)

SA yg poyo: Akak tahu ke benda tu ape? Akak ada ke iphone or ipod? (dalam nada ketawa2 ok)



Dalam hati dah berasap je cos dia memang pandang hinala. Bukan marah ape tapi ada ke patut tnya soalan macam tu kat customer. Tolongla pikir sikit kalo org tnya benda tu mestila dia ada idea benda ape yg dia nak beli. Betul x? Come onla, x kanla org nak beli kalo x ambk tahu ape brg dia nak beli. Kadang SA ni memang double standard betul. Kalo kita nampak x kaya dia akan layan nak x nak je lagi2 kalo yg keja kat KLCC. Masukla kat Coach ke mana smua mcm tu. X puas hati ok. Perlu ke kita bergaya sgt kaya or tunjuk kat org yg kita ni kaya baru nak layan? Kita sebagai customer patut layan je. X kira bangsa, agama dan kekayaan. So hopefully lepas ni SA2 sekelian layanla customer anda baik2 x yahla nak double standardkan org ok!!!



Anyway, SA Nike tu saya bahasakan gak " adik akak ada iphone 4 ok! Ni ha akak ada Nike+ application and akak tahula kegunaan sensor tu!" Tapi SA ni memang kurang asam gakla " yg ni ke?" dalam nada gelak lagi. Angin lagila tapi sbab aritu mood saya agak baik so saya ckp sopan gak " yap yg ni and akak nak". Saya ambk terus saya bayar. Memang hampeh tul SA kat Nike ni. Lps ni confirm saya x nak beli kat cni lagi. huhu...



Wahai SA sekelian tolongla hormat and layan customer anda dgn baik dan sopan!!! Jgn pandang hina org ok!

Wednesday, November 10, 2010

Ketentuan...

Ketentuan Illahi adalah sesuatu yg kita tidak ketahui. Kita hanya merancang Allah yang tentukan. Usaha dan tawakal yang mampu kita lakukan... Macam serious je kan. haha... Tapi agak seriusla ape yg hendak saya cetakan di sini...

Kita mulakan ceta kita dgn perbualan ini antara saya dan kawan comel saya....

Kawan saya: Sarah saya dah umur 30thn.
Saya: Awak stil mudala. Saya lagi nampak tua. (anyway, kawan saya ni sgt comel ok! org x kan percaya dia dah umur 30 thn. dia mcm umur 22thn ok)
Kawan saya: Sayakan x suka bgtau org umur saya cos nnti org akan tnya macam2...
Saya: Biasala org x kan berhenti bertanya dari satu soalan ke satu soalan. Nape tiba2 ckp benda ni???
Kawan saya: Ada kawan saya bila saya ckp umur saya 30 thn dia terus tanya dah kawin ke? Bila saya ckp lom lagi dia terus ckp "Bila awak nak kawin? Awak tahu x kalo awak dah umur mcm ni nnti lg lmbt kawin nnti anak awak lahir cacat"
Saya: Kejam giler kawan awak??? Pastu awak ckp ape?( dalam hati memang sakitnya hati)
Kawan saya: Senyum jela...

Kejam ok sesetengah manusia ini....Ape salah kawan saya??? dah ketentuan Illahi yg dia masih x bertemu jodohnya. Janganla sampai mcm tu sekali berkata2. Mybe kawan saya luaran ok tapi dalaman tiada sape yg tahu. Saya tahu dia sedih tapi bg dia, dia redha and hepi je dgn life dia.

Berhati2 la berkata2. Setiap org takdir dia berbeza. Mybe kawan kpd kawan saya tu bahagia dgn perkahwinan dia and anak2 dia tapi x perlu ke kuarkan statement mcm tu???Anda yakin ke anak anda yg akan dtg x cacat??? So x yah la ckp benda2 mcm ni. MELAMPAU!!!

Perbualan kami disambung lagi...

Kawan saya: Pastu kawan saya tu, try match makingkan saya and heboh kat department saya dan department lain yg saya single and umur 30thn. Geram saya..

Saya: Kawan awak sgtla menyakitkan hati.(saya yg emo)
Kawan saya: Tula pasal. Pastu kawan lelaki saya yg cuba di "match makingkan" dgn saya sebelum ni ok je tapi skrg cuba menjauhkan diri. Come onla saya x cukup desperate ok!!! Saya kawan je
Saya: Faham2. Cos saya pun kena macam tu gak
Kawan saya: Kadang2 org ni terlebih concernkan kita sampai menyusahkan kita.

Inila dilema org2 single. Kami x memilih dan kami tahu anda cuba utk membantu kami tapi kadang2 ada sedikit x sesuai. Kami anggap ape yg anda lakukan itu suka2 je tapi yg saya perasan biasanya lelaki yg mcm cuba menjarakkan diri dari kami. Konon kami ni mcm desperate nak kawin or menggatal dgn dorg. Padahal sebelum ada gurauan mcm ni kawan baik je tapi bila ada gurauan mcm ni dorg yg perasan ingat kami ni ada perasaan tuk dorg. Come on la kalo ada mesti dah lama kami menggedik kot dgn dorg. Huhu... X faham betul dgn laki2 yg perasan ini. huhu...



Begitula perbualan kami. Walau ape pun yg org nak cakap or wat kat kami, KAMI HEPI DGN HIDUP KAMI!!!



Terima kasih kerana membaca luahan hati perasaan saya...

Monday, November 8, 2010

Holiday....

Saya baru balik dari percutian yg sangat menarik dan sesuatu yang x pernah saya alami!!!! Keseronokkan yg saya alami dibayar dgn kepenatan yang melampau!!! haha...

Ape yg saya belajar dari percutian ini ialah:

1. Check dulu hotel n jgn beli je walaupun ditawarkan pada harga yg murah ( i will tell more later about my hotel)

2. Stamina yg cukup cos kami memang dalam percutian budget maka kami memang menggunakan public transport. MRT mereka memang leh diharapkan and sgt murah

3. Beli map. hehe...

4. Belajar melihat tmpt org

5.Tidak memilih makanan cos Singapore x semua tmpt mkn adalah halal.

6. Jangan malu tnya org. hehe...

Anyway, percutian ini memang menyeronokkan lagi2 Universal Studio!!! Rasanya mcm nak g je lagi. hehe..

Promise saya akan ceta smua pasal percutian saya!!!



Dalam kegembiraan ada gak kesedihan, saya x dapat g 2 wedding kawan saya. huhu...